Ballroom Hotel Maya KL perkenalkan konsep bufet iftar Seloka D'Maya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak sampai sebulan sahaja lagi, Ballroom Hotel Maya Kuala Lumpur (Hotel Maya KL) memperkenalkan konsep berseloka sambil berbuka untuk mewujudkan suasana santai kepada para pelanggan mereka.

Konsep terbaharu untuk kempen bufet Ramadan itu diketengahkan bersesuaian dengan menu tradisional yang menjadi hidangan utama bagi umat Islam beriftar di Hotel Maya pada bulan puasa tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ruby Verse Sdn Bhd iaitu pengendali bufet Ramadan Ballroom Hotel Maya KL, Noraslina Mosbah, terdapt lebih 100 menu yang boleh dinikmati oleh para pelanggan dengan Bufet Seloka D’Maya itu nanti.

Jelas beliau, bermula daripada masakan tradisional Melayu sehingga kepada hidangan versi barat yang digabungkan bersama menu kontemporari lain, pastinya para pelanggan yang menempah bufet Ramadan tahun ini di Ballroom Hotel Maya KL tidak akan kecewa.

No Image Caption

“Para pelanggan kami boleh makan sepuas-puasnya masakan Melayu seperti gulai ketam nenas, nasi biryani, sambal udang, nasi masak lemak cili api dan menu barat iaitu aglio olia, carbonara serta lain-lain lagi.

“Bufet Seloka D’Maya tahun ini memang ada keunikan tersendiri, selain lebih 100 menu yang disediakan para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan live band yang mendendangkan lagu-lagu Melayu serta berunsur ketuhanan bersesuaian dengan suasana Ramadan.

“Tahun ini harga bufet Ballroom Hotel Maya KL bermula dari RM79 untuk kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 12 tahun, RM109 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM147 pula untuk pelanggan dewasa. Tapi jika pelanggan menempah sekarang sehingga 15 Februari nanti, ada harga istimewa untuk dewasa iaitu hanya RM127 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Artikel Berkaitan:

Jelas Noraslina lagi, Bufet Seloka D’Maya ini akan bermula pada 12 Mac iaitu hari pertama Ramadan sehingga 7 April 2024.