Raja Permaisuri Agong terus terlibat dalam pengurusan YKTLJ

Raja Zarith Sofiah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di Istana Polo Pasir Pelangi pada Selasa. Foto RPO
Raja Zarith Sofiah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di Istana Polo Pasir Pelangi pada Selasa. Foto RPO
A
A
A

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ), walaupun kini sudah berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.

"Sebagai bonda kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil, adalah menjadi tanggungjawab saya bagi meneruskan hasrat Almarhum untuk membantu pesakit kanser yang tidak berkemampuan," titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di laman sosial Facebook pada Selasa.

Seri Paduka bertitah sedemikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah YKTLJ bagi 2023 di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini pada Selasa.

Pada mesyuarat itu, turut dipersembahkan laporan prestasi serta pencapaian YKTLJ pada 2023 kepada Seri Paduka Baginda.

Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh YKTLJ seperti Laksamana Run, Majlis Makan Malam Amal, menaik taraf Pusat Rawatan Harian Onkologi di hospital, lawatan ke rumah dan wad pesakit.

YKTLJ yang ditubuhkan pada tahun 2016 telah membantu lebih 3,718 kes melibatkan peruntukan lebih RM11.3 juta termasuk beberapa kemudahan untuk rawatan pesakit kanser di hospital seluruh Johor.

Artikel Berkaitan: