Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis santapan malam

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat tiba pada Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja Raja Ke-262 serta Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada Rabu. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat tiba pada Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja Raja Ke-262 serta Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada Rabu. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262 di Istana Negara di sini malam Rabu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

No Image Caption

Turut berangkat ke majlis santapan yang dihadiri kira-kira 500 tetamu jemputan itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berangkat sama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri dan Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri, timbalan menteri kabinet dan ketua-ketua perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan:

Raja-Raja Melayu turut dijadual berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara Jumaat ini, bagi urusan memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari bermula pada Rabu dipengerusikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan adalah pada 22 dan 23 Februari lepas yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama