Reman pengawal keselamatan cabul murid disambung

Laporan Sinar Harian (kiri), Ahmad Adnan
Laporan Sinar Harian (kiri), Ahmad Adnan
A
A
A

IPOH - Seorang pengawal keselamatan yang ditahan kerana disyaki mencabul murid perempuan Tahun Satu di sebuah sekolah di sini, Rabu lalu, disambung reman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, permohonan sambung reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu dilakukan setelah tempoh reman tamat pada Selasa.

"Sambung reman bermula esok dan suspek dijangka dituduh pada Jumaat ini di Mahkamah Majistret Teluk Intan selepas lengkap siasatan," katanya di sini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Sesyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Media melaporkan polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki mencabul murid perempuan Tahun Satu di sebuah sekolah di sini.

Laporan diterima sekitar jam 10 pagi daripada rakan setugasnya yang melihat suspek bertindak memeluk dan mencabul kehormatan kanak-kanak berkenaan di hadapan sebuah kelas.

Artikel Berkaitan: