25 tan perut babi sejuk beku dari Sepanyol dirampas

Maqis merampas perut babi sejuk beku seberat 24,993.24 kilogram yang dibawa masuk dari Sepanyol.
Maqis merampas perut babi sejuk beku seberat 24,993.24 kilogram yang dibawa masuk dari Sepanyol.
A
A
A

KLANG - Perut babi sejuk beku seberat 24,993.24 kilogram dibawa masuk dari Sepanyol dengan menggunakan dokumen yang mengelirukan dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Klang Barat, di sini pada Sabtu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan fizikal pada jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan tersebut mendapati jumlah ‘frozen pork belly’ yang dibawa masuk dianggarkan bernilai RM443,197.77," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Sobri berkata, kes itu akan disiasat bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengemukakan maklumat yang mengelirukan iaitu maklumat nombor loji di dalam permit import tidak sama dengan dokumen sijil kesihatan.

"Kerajaan hanya membenarkan pengimportan dari loji abatoir yang telah diluluskan dan mematuhi tahap biosekuriti telah ditetapkan.

"Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," ujarnya.

Artikel Berkaitan: