Ajal ketika main bot kawalan jauh

Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menyelamatkan mangsa.
Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menyelamatkan mangsa.
A
A
A

KUALA NERUS - Kegembiraan dua sahabat bermain bot kawalan jauh berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya mati lemas di sungai berhampiran jeti nelayan Bukit Tumbuh, di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmad Yusof Din, 24, itu berenang untuk mengambil bot kawalan jauh yang rosak di tengah sungai berkenaan pada jam 10 malam.

"Mangsa dipercayai mengalami kekejangan dan cuba diselamatkan rakannya, Muhammad Danial Hafriz Abdul Halim, 26 namun gagal.

"Ketika itu Muhammad Danial Hafriz hampir lemas dalam kejadian tersebut tetapi berjaya berjaya diselamatkan oleh orang awam.

"Mangsa telah dijumpai oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) di kedalaman 12 meter di dasar sungai dengan jarak kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 malam bersama 16 anggota dari BBP Kuala Terengganu dan BBP Kuala Nerus melibatkan satu water tander dan jentera PPDA.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: