Dua sahabat berdepan hukuman mati dituduh edar 20 kg ganja

Mohamed Azlan (kanan) dan Fauzan (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret pada Isnin. untuk didakwa atas pertuduhan mengedar ganja seberat 20kg.
Mohamed Azlan (kanan) dan Fauzan (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret pada Isnin. untuk didakwa atas pertuduhan mengedar ganja seberat 20kg.
A
A
A

KANGAR - Dua sahabat berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dituduh di Mahkamah Majistret dekat sini pada Isnin atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 20 kilogram (kg) di Arau pada 4 Oktober lalu.

Mohamed Azlan Shah Abdul Jaafar, 28 dan Fauzan Faris Mohamad Fadzli, 27, yang berasal dari Pulau Pinang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja seberat 20 kg di persimpangan lampu isyarat Politeknik Ulu Pauh, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di Arau jam 4.30 petang pada 4 Oktober lalu.

Bagi perbuatan tersebut, Mohamed Azlan dan Fauzan yang bekerja sebagai buruh am di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelayan bar didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Pendakwaan kes telah dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nurul Atikah Ab Rashid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan hakim kemudiannya menetapkan tarikh 17 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes termasuk menunggu keputusan laporan kimia.

Artikel Berkaitan: