JDT takluk Asia Tenggara

JDT mengekalkan penguasaan saingan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Foto Southern Tigers
JDT mengekalkan penguasaan saingan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Foto Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan penguasaan di pentas bola sepak Asia Tenggara apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik dalam kalangan pasukan di Asean.

Laman Opta Power meletakkan JDT pada ranking pertama di Asia Tenggara, ke-16 di Asia dan berada di ranking ke-319 dunia.

Laman analisis bola sepak tersebut menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.

Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai 1,000 pasukan terbaik dengan pasukan Liga Malaysia lain berada di tangga 1,499 dan ke bawah.

Sebelum ini, JDT meluaskan penguasaan mereka dalam saingan Liga Malaysia apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Mereka juga mencatat 'perfect ten' apabila muncul juara Liga Super buat kali ke-10 musim lalu.

Di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), JDT tidak bernasib baik apabila mengakhiri saingan peringkat kumpulan pada kedudukan ketiga di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai manakala BG Pathum kedudukan terakhir.

Namun, kelibat mereka di pentas Asia itu tetap menjadi perhatian apabila berjaya menundukkan Ulsan Hyundai dan BG Pathum.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga hanya dibezakan dengan satu mata pasukan di tangga kedua Ulsan yang mengiringi Kawasaki ke pusingan seterusnya.