Tang Jie-Ee Wei naib juara Thailand Masters

Tang Jie-Ee Wei naib juara Thailand Masters. Foto Agensi
Tang Jie-Ee Wei naib juara Thailand Masters. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul naib juara Thailand Masters selepas tewas kepada wakil tuan rumah yang juga gandingan nombor enam dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di Bangkok pada Ahad.

Dalam perlawanan akhir kejuaraan Super 300 di Stadium Nimibutr itu, pasangan nombor kesembilan dunia yang juga pilihan kedua kejohanan tersebut tewas straight set, 12-21, 18-21 dalam aksi 49 minit kepada pilihan pertama berkenaan.

Keputusan di bumi Gajah Perang itu menyaksikan Dechapol-Sapsiree melebarkan lagi rekod kemenangan kepada lima dalam enam pertemuan kedua-dua pasangan tersebut.

Biarpun begitu pujian harus diberikan kepada Tang Jie-Ee Wei yang memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mengakhiri badi terkandas tiga kali berturut-turut di pusingan kedua Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum ini.

Perjalanan Siri Jelajah Dunia BWF, Tang Jie-Ee Wei tahun ini bermula dalam Terbuka Malaysia Super 1000 di Axiata Arena, Kuala Lumpur menyaksikan mereka tewas kepada Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun, 22-24, 14-21.

Tang Jie-Ee Wei meneruskan langkah di Terbuka India Super 750, New Delhi namun cabaran tersekat selepas tewas straight set kepada Dechapol-Sapsiree, 19-21, 16-21 di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi.

Dalam Indonesia Masters Super 300 di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta pula, Tang Jie-Ee Wei memberi cabaran kepada Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 21-12, sebelum tewas dua set berikutnya 13-21, 14-21 kepada gandingan Indonesia tersebut.

Artikel Berkaitan: