Tony Pua, Rafizi 'Kembar Raja Formula' - Puad Zarkashi

Mohd Puad
Mohd Puad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pula tampil menempelak beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebagai 'Kembar Raja Formula'

Dakwanya lagi, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapat pengampunan penuh.

"Ada orang bersorak gembira bila Najib gagal dapat pengampunan penuh. Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim.

"Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang.

"Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena tutup kedai. Tony dan Rafizi kembar Siam formula SST, tol, turun harga barang dan petrol.

"Kini mereka lega kerana Najib terus dipenjara. Bolehlah temberang lagi sebagai 'Raja Formula 2.0," tulisnya.

Sebelum itu Hassan dilaporkan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan selagi ia dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Artikel Berkaitan:

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua pula dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi Facebooknya itu, Tony Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.