PKR belum putuskan tindakan disiplin terhadap Hassan Karim

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat sebarang keputusan mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim susulan kelantangan beliau dalam menyuarakan pelbagai isu ketika ini.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana pihaknya belum bermesyuarat bagi membincangkan kenyataan dikeluarkan oleh Hassan.

“Kita tunggulah, waktu ini belum diadakan mesyuarat, jadi perkara itu (tindakan disiplin) tidak timbul,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Pemerkasaan Belia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.

Fahmi mengulas kenyataan Hassan bahawa parti UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya 'menumpang dahan' Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diakuinya 'rapuh' berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Hassan Karim
Hassan Karim

Hassan sebelum ini menjelaskan, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma dalam parti berkenaan penting untuk mendapatkan undi kaum Melayu.

Sementara itu, Hassan pada Sabtu memaklumkan di Facebook bahawa dirinya bersedia dan terbuka sekiranya PKR mahu mengambil tindakan disiplin atau memecat selain mengakui tidak akan gentar dalam mempertahankan hak bersuara mengenai pelbagai perkara termasuk menyentuh perihal parti sekutu Kerajaan Perpaduan.

Ahli PKR sejak 1978 itu dalam masa sama beranggapan tindakan Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menegur anggota parti lantang bersuara juga wajar.

Artikel Berkaitan: