Bekalan makanan dijamin cukup sempena Tahun Baharu Cina

Fuziah (tengah) dan Chon Siang (tiga dari kiri) ketika program sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Kuantan pada Ahad.
Fuziah (tengah) dan Chon Siang (tiga dari kiri) ketika program sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Kuantan pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dijamin mencukupi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, kementeriannya akan memastikan bekalan makanan terus stabil dan tiada masalah kekurangan bekalan.

"Kita tiada masalah bekalan, gula, ayam dan (lain-lain) keperluan mencukupi.

"Tapi pada 8 Februari ini, kita akan turun ke beberapa lokasi bagi memeriksa bekalan sebelum menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program sambutan Tahun Baharu Cina bersama Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang di sebuah pasar raya dekat sini pada Ahad.

Sementara itu, Chon Siang memberitahu kerajaan Pahang mengambil berat tentang rakyat apabila mengadakan Jualan Makmur di seluruh Pahang pada 7 dan 8 Februari ini.

Beliau menjangka lebih 200,000 rakyat Pahang akan mendapat manfaat daripada jualan tersebut.

"Kerajaan Pahang telah memperuntukkan hampir RM500,000 bagi mengadakan Jualan Makmur di 90 lokasi di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap dengan bantuan kerajaan bagi sempena Raya Cina ini untuk meringankan beban kepada rakyat," ujarnya.