Gagal kawal: Lori sapu tujuh kenderaan

Keadaan kenderaan yang dirempuh pagi tadi.
Keadaan kenderaan yang dirempuh pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh kenderaan rosak dalam kejadian rempuhan berpunca daripada sebuah lori yang gagal dikawal di Lebuhraya Duta-Hulu Kelang 2 (DUKE 2) menghala ke Sungai Buloh, dekat Kepong, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun gagal mengawal kenderaan itu lalu merempuh kenderaan di depan.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan lapan kenderaan iaitu sebuah lori, dua Perodua Myvi, sebuah Honda Jazz, sebuah Mercedes Benz, sebuah Perodua Alza, manakala dua lagi kenderaan tidak dapat dikenalpasti kerana belum membuat laporan.

“Ketika kejadian, sebuah lori dari arah Kepong menghala Sungai Buloh dikatakan gagal dikawal dan merempuh kenderaan di hadapannya.

“Rempuhan itu menyebabkan ada kenderaan terlajak dan melanggar kenderaan lain di depan menyebabkan berlaku pelanggaran kenderaan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada pemandu atau penumpang cedera dalam kejadian itu.

“Enam daripadanya sudah membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: