Dron 'kantoikan' PATI menyorok atas bumbung

Dron yang melaksanakan pemantauan udara berjaya mengesan cubaan PATI menyembunyikan diri di atas bumbung di Klang pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Shuhaily
Dron yang melaksanakan pemantauan udara berjaya mengesan cubaan PATI menyembunyikan diri di atas bumbung di Klang pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Shuhaily
A
A
A

KLANG - Dron polis yang digunakan semasa operasi tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) di rumah kedai di Jalan Sri Sarawak 20, Taman Sri Andalas dekat sini berjaya mengesan tindakan sembunyi di bumbung pada Khamis.

Tindakan PATI itu berjaya dikesan menerusi operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman dan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Op Khas Aman 1/2024 bermula jam 11 malam itu berjaya menahan 60 PATI termasuk 29 wanita.

Menurutnya, PATI itu terdiri daripada 55 warga Indonesia, seorang Bangladesh dan empat lagi tiada kerakyatan.

Operasi polis banteras PATI bertindak memeriksa premis di Taman Sri Andalas pada Khamis.
Operasi polis banteras PATI bertindak memeriksa premis di Taman Sri Andalas pada Khamis.

"PATI ini akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal kemuka dokumen sah.

"Selain itu, seorang lelaki tempatan juga ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis ganja," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, suspek lelaki tempatan ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Antara PATI yang ditahan polis di Klang, pada Khamis.
Antara PATI yang ditahan polis di Klang, pada Khamis.

Jelasnya, operasi tersebut bertujuan untuk membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan terbabit terutama membabitkan PATI.

“Kesemua PATI yang ditahan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut," ujarnya.