132 tahanan etnik Rohingya lari dari pusat tahanan imigresen

Seorang PATI melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor dilaporkan maut dalam kemalangan. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohd Yusri)
Seorang PATI melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Bidor dilaporkan maut dalam kemalangan. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Mohd Yusri)
A
A
A

TAPAH - Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Bidor, di sini dilaporkan telah melarikan diri pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 9.50 malam itu, kesemua tahanan etnik Rohingya di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melarikan diri dan Op Tutup dijalankan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi menjejaki mereka.

Difahamkan, seorang daripada mereka dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan insiden itu.

Artikel Berkaitan: