Brendan Gan tinggalkan Selangor FC

Brendan Gan
Brendan Gan
A
A
A

TONGGAK tengah kebangsaan, Brendan Gan sah meninggalkan Selangor FC.

Perkara itu dimaklumkan kelab berkenaan yang turut mengucapkan terima kasih kepada pemain berpengalaman itu sepanjang empat musim bersama Gergasi Merah.

"Kelab Bola Sepak Selangor dengan berat hati mengumumkan kapten pasukan, Brendan Gan tidak akan bersama pasukan selepas empat musim bersama.

"Pemain tengah itu tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan Red Giants untuk musim 2024," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Sepanjang berkhidmat dengan Selangor FC, Brendan telah membuat 80 penampilan dan menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan.

Tidak dilupakan, bantuan gol ke-12 dan terakhir beliau membantu Selangor FC menumpaskan seteru, Kedah Darul Aman FC untuk mengesahkan tempat kedua Liga Super 2023 dan juga memastikan pasukan layak ke Liga Juara-Juara AFC 2.

"Selangor FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brendan Gan di atas kepimpinan beliau dalam membimbing pasukan dan segala kerja keras beliau dalam mempamerkan aksi cemerlang setiap kali menyarung jersi Red Giants.

"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan dalam rancangan masa depannya," katanya.

Artikel Berkaitan: