Harimau Malaya dapat perhatian FIFA lagi

Skuad Harimau Malaya bakal menentang Oman pada Mac dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad Harimau Malaya bakal menentang Oman pada Mac dalam aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya terus mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila disenaraikan sebagai pasukan yang tidak disangka mampu mencipta kejutan dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam artikel yang dikeluarkan di laman sesawang FIFA, Malaysia disenaraikan bersama empat lagi negara iaitu Comoros, Rwanda (dalam zon Afrika) serta Ecuador dan Venezuela (dalam zon Amerika Selatan) yang tampil cemerlang setakat ini.

"Pusingan kedua (kelayakan Piala Dunia) membabitkan pasukan AFC semuanya diketuai oleh pasukan berstatus gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi.

"Namun, Malaysia menonjol sebagai pasukan yang tidak dijangka dalam Kumpulan D. Mereka menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 pada November tahun lalu," kata artikel itu.

Skuad negara ketika ini mengungguli kumpulan D dengan enam mata selepas kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan itu.

Selepas ini, skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu Oman dua kali di laman lawan dan laman sendiri pada Mac.

"Oman, yang berada di kedudukan ke-74 iaitu 56 anak tangga lebih tinggi di atas Malaysia dalam kedudukan ranking akan kekal sebagai pilihan untuk mengungguli kumpulan.

"Namun, pasukan Pan-gon mempunyai hak untuk memasang impian (mara ke pusingan seterusnya)," katanya.

Artikel Berkaitan: