'Murray Hunter' tiada kaitan dengan UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menegaskan penulis yang dikenali sebagai 'Murray Hunter' tidak mempunyai sebarang kaitan dengan universiti berkenaan.

UniMAP dalam satu kenyataan berkata, beliau telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai pensyarah universiti berkenaan sejak 14 Ogos 2015.

Katanya, justeru diharapkan 'Murray Hunter' dapat menggugurkan jawatan yang berkaitan dengan UniMAP pada profil di mana-mana laman sosial memandangkan tidak lagi berkhidmat di universiti.

"Ini kerana dibimbangi akan menimbulkan salah faham kepada masyarakat khususnya membabitkan isu sensitif seperti kenyataan beliau terhadap Sultan Selangor mengenai projek Stadium Shah Alam.

"Kenyataan itu sekali gus melibatkan isu agama, kaum dan kedudukan Raja-raja Melayu (3R)," jelasnya pada Rabu.

UniMAP turut menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dalam mendapatkan maklumat yang tiada kesahihan terutama membabitkan nama universiti.

Artikel Berkaitan: