Mara benar pelajar baharu MRSM daftar 13 Mac

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi kelonggaran kepada pelajar baharu Tingkatan Satu dan Empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk membuat pendaftaran pada 13 Mac depan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya memberitahu, kelonggaran untuk melewatkan pendaftaran itu dibuat bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa yang berdepan kekangan untuk membuat pendaftaran pada tarikh ditetapkan iaitu 11 Mac.

Bagaimanapun katanya, tarikh 11 Mac masih kekal sebagai hari pendaftaran awal.

"Ramai minta pendaftaran Tingkatan Satu dan Empat MRSM dilewatkan sikit.

"Insya-ALLAH setelah bincang dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM), saya setuju 13 Mac, iaitu hari ketiga selepas sesi persekolahan dibuka diberikan pilihan kepada ibu bapa yang punya masalah atau sebarang kekangan untuk menghantar anak-anak pada 11 Mac.

"Justeru, 11 Mac masih kekal sebagai hari pendaftaran awal untuk pelajar baharu Tingkatan Satu dan Empat," tulisnya.

Menerusi hantaran sama di ruangan komen, Asyraf berharap ia dapat memudahkan ibu bapa yang pertama kali mahu mendaftarkan anak-anak di MRSM.

Artikel Berkaitan: