DBKL sangkal dakwaan lindungi pesalah

Perkongsian seorang individu mendedahkan perbualan dengan seorang wanita Vietnam yang melanggar peraturan mengusahakan restoran di Malaysia.
Perkongsian seorang individu mendedahkan perbualan dengan seorang wanita Vietnam yang melanggar peraturan mengusahakan restoran di Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melindungi individu, kumpulan atau organisasi yang melakukan kesalahan.

DBKL berkata demikian sebagai merujuk berita tular di media sosial berkenaan seorang wanita Vietnam mendakwa mempunyai hubungan baik dengan DBKL.

DBKL menegaskan, dakwaan tersebut tidak benar dan tiada pihak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan termaktub kepada undang-undang sedia ada.

"DBKL tidak melindungi mana-mana pihak sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.

"Sehubungan dengan itu, dakwaan pihak berkenaan mempunyai hubungan baik dan dilindungi DBKL daripada sebarang kesalahan adalah tidak benar, " katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, seorang individu menerusi aplikasi X mendedahkan seorang wanita Vietnam didakwa telah melanggar peraturan pemegang 'Dependent Visa' apabila menjalankan perniagaan restoran makanan Vietnam dalam negara.

Dependent Visa diberikan kepada ahli keluarga warga asing yang pasangan suami atau isteri bekerja dalam Malaysia.

Wanita Vietnam itu mendakwa tiada tindakan boleh diambil ke atasnya susulan suaminya mempunyai mempunyai hubungan baik dengan pegawai DBKL dan perniagaan mereka dilindungi.

Artikel Berkaitan: