SkyAwani 5 Residence terima pengiktirafan kualiti, keselamatan CIDB

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM), Ir M Ramuseren (kiri) menyampaikan sijil QLASSIC dan SHASSIC SkyAwani 5 Residence kepada Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng.

A
A
A

PEMAJU bandar SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) dianugerahkan skor Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) sebanyak 84 peratus menerusi pembangunan terbaharu, SkyAwani 5 Residence di Sentul, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, penganugerahan itu merupakan skor QLASSIC tertinggi di Malaysia dalam kategori rumah mampu milik.

Menurutnya, projek itu juga menerima penarafan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) lima bintang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Komitmen syarikat mengenai kualiti terbukti dalam usaha yang konsisten terhadap penilaian QLASSIC dan SHASSIC serta pengiktirafan baru-baru ini yang diberikan kepada SkyAwani 5 Residence.

Pasukan SkyWorld bersama-sama media dan rakan industri berkumpul untuk meraikan pelbagai anugerah yang diraih oleh SkyAwani 5 Residence di Sentul, Kuala Lumpur.
Pasukan SkyWorld bersama-sama media dan rakan industri berkumpul untuk meraikan pelbagai anugerah yang diraih oleh SkyAwani 5 Residence di Sentul, Kuala Lumpur.

“Melalui proses ketat dan pemeriksaan menyeluruh, kami menghantar kediaman yang memenuhi atau melepasi piawaian industri tanpa mengira harga. Ini adalah bukti komitmen kami untuk menyampaikan rumah berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia.

“Dedikasi kami berakar umbi dalam janji jenama iaitu ‘Anda Kini Boleh Memiliki Rumah dan Kehidupan Berkualiti’ dan didorong oleh tujuan syarikat untuk menjadikan kehidupan lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Chee Seng menjelaskan, SkyAwani 5 Residence merupakan ansuran kelima dalam siri hartanah mampu milik SkyWorld di bawah program Residensi Wilayah kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik untuk pembeli rumah kali pertama di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM188 juta, SkyAwani 5 Residence terletak di atas petak strategik seluas 2.06 ekar di Sentul, Kuala Lumpur.

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng; Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Jenama Pelanggan Kumpulan Star Media, Sharon Lee; Ketua Pegawai Hasil Kumpulan Star Media, Lydia Wang dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing.

“Ia terdiri daripada 615 unit dalam menara tunggal 36 tingkat, setiap unit dengan murah hati menawarkan ruang kediaman seluas 800 kaki persegi pada harga RM300,000 mampu milik,” ujar Chee Seng.

Bagi meraikan kejayaan itu, SkyWorld baru-baru ini menganjurkan lawatan projek eksklusif yang mempamerkan kualiti rumah luar biasa di SkyAwani 5 Residence.

Acara tersebut menarik lebih 100 tetamu termasuk media, jurubank dan ejen penilai hartanah yang memberikan mereka pengalaman langsung tentang mutu kerja yang cemerlang dan komitmen terhadap kualiti SkyWorld.

Majlis berkenaan juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM), Ir M Ramuseren.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!