Israel 'serang' PBB tuduh agensi UNRWA bantu Hamas

Kakitangan UNRWA mengedarkan tepung dan bantuan makanan kepada penduduk di Genting Gaza. - AFP
Kakitangan UNRWA mengedarkan tepung dan bantuan makanan kepada penduduk di Genting Gaza. - AFP
A
A
A

GAZA CITY - Israel mendakwa beberapa kakitangan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin UNRWA mengambil bahagian dalam serangan 7 Oktober dari Gaza dan menyifatkan agensi bantuan itu sebagai 'berkerjasama dengan Hamas'.

Bagaimanapun dakwaan itu tidak dapat disahkah oleh The Post, sehingga mencetuskan penyiasatan peringkat tertinggi PBB dan beberapa negara menggantung dana kemanusiaan kepada UNRWA.

Dokumen risikan pertama kali dilaporkan oleh New York Times, termasuk pertuduhan lain selama bertahun-tahun dikenakan terhadap agensi PBB bahawa UNRWA saling bantu-membantu dengan pejuang Hamas.

Tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan berikrar untuk menyiasat dakwaan yang telah mengancam operasinya di Gaza.

UNRWA adalah penyedia utama bantuan dan perlindungan di kawasan dikepung di Palestin, memberi amaran bahawa pembiayaan bantuan berkemungkinan akan kehabisan pada Februari ini.

Menurut dokumen enam muka surat, seramai 13 kakitangan UNRWA mengambil bahagian secara langsung dalam serangan tersebut, termasuk enam daripadanya menyusup ke Israel.

Bagaimanapun, dokumen itu tidak menamakan tertuduh yang terbabit dalam serangan tersebut.

"Kami mendapati terdapat 13 pekerja UNRWA yang benar-benar mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak, dalam serangan pada 7 Oktober," dakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam rancangan TV Britain, TalkTV.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Menteri Luar Israel menggesa Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini agar meletak jawatan.

Bagaimanapun pihak Palestin menyatakan Israel telah memalsukan maklumat bagi mencemarkan nama baik UNRWA.

Susulan dakwaan itu, kira-kira 12 negara penderma utama berkata mereka akan menghentikan pembiayaan kepada UNRWA.

Difahamkan, UNRWA telah memecat beberapa kakitangannya dan menjanjikan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan itu, manakala Israel berikrar untuk menghentikan kerja agensi itu di Gaza selepas tama perang. - Agensi