Polis kumpul maklumat pelancong asing perlu bayar RM100 elak disaman

Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok sejak Isnin.
Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok sejak Isnin.
A
A
A

LANGKAWI - Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan video tular pelancong warganegara asing yang perlu membayar RM100 untuk mengelak disaman dan dibawa ke balai polis akibat tidak memakai topi keledar diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian terbabit untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan video asalnya dimuat naik di dalam Youtube pada 10 November tahun lalu.

"Polis tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, tular sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang pelancong warga asing ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Hasil perbualan antara pelancong terbabit dengan individu dipercayai pihak berkuasa mendapati dia perlu membayar RM100 jika tidak mahu disaman dan dibawa ke balai polis.

Artikel Berkaitan: