Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Raja Permaisuri

Foto Facebook Anwar Ibrahim
Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.

"Merafak Sembah Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Al-Sultan Abdullah berkenan bersama Anwar sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah berkenan bersama Anwar sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa. Foto Bernama

"Moga Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat diraja diberi keafiatan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku!," menurut catatan itu.

Setelah lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Al-Sultan Abdullah menamatkan penggal pemerintahan hari ini dan pulang ke Kuantan, Pahang, dalam Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: