Jokowi tiada hasrat berkempen

Jokowi
Jokowi
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tidak berhasrat berkempen terhadap mana-mana calon presiden (capres) menjelang Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.

Perkara itu ditegaskan Koordinator Staf Khas Presiden, Ari Dwipayana di sebalik perbincangan hangat mengenai isu berkenaan sehingga mengundang reaksi pelbagai pihak.

“Walaupun peraturan pilihan raya membenarkannya, namun sehingga kini Presiden Jokowi tidak bercadang untuk berkempen,” katanya.

Menurut Ari, Jokowi kini sibuk dengan tugasannya di Yogyakarta selain dijangka mengadakan lawatan kerja ke Jawa Tengah untuk merasmikan sebuah majlis di Akademi Tentera Magelang.

“Beberapa hari lalu, presiden berada di Yogyakarta dan Jawa Tengah untuk lawatan kerja termasuk perasmian kampus Universitas Nadhatul Ulama dan bakal melancarkan acara di Akademi Tentera Magelang,” jelasnya.

Pada minggu lalu, Jokowi mengeluarkan kenyataan mengenai isu kebenaran presiden untuk berkempen ketika menjawab pertanyaan wartawan di Pangkalan Udara Halim, Jakarta.

Ketika itu, Jokowi berkata, selain presiden, barisan menteri juga boleh menyertai dalam kempen diadakan menjelang Pemilu yang akan berlangsung pada 14 Februari depan.

“Presiden boleh berkempen malah beliau juga boleh memihak, ia masih dibenarkan,” ujar Jokowi sambil menegaskan aset kerajaan tidak harus digunakan bagi tujuan berkempen oleh parti politik. - Agensi

Artikel Berkaitan: