SPM 2023: 'Cikgu maafkan kami, doakan kami'

Mohamad Iman Afiq bersalaman dengan bapanya sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Mohamad Iman Afiq bersalaman dengan bapanya sebelum memasuki dewan peperiksaan.
A
A
A

KOTA BHARU - Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad Maher yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memohon semua guru memaafkan dan mendoakan mereka untuk menghadapi peperiksaan itu.

Mohamad Iman Afiq Mohd Ismail, 18, berkata, mereka menghabiskan masa belajar bersama guru sehingga petang semalam (Selasa).

Menurut Mohamad Iman Afiq, guru Bahasa Melayunya, Faridah Mamat yang sudah bersara pada September lalu bukan sahaja memberi semangat kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik malah turut hadir mengajar mata pelajaran itu.

Mohamad Iman Afiq dipeluk bapanya sebelum memasuki dewan peperiksaan
Mohamad Iman Afiq dipeluk bapanya sebelum memasuki dewan peperiksaan

"Maafkan kami jika ada kesalahan yang dilakukan dan saya harap ilmu yang dicurahkan memberi keberkatan kepada kami semua," katanya.

Sementara itu, Wan Muhammad Adam Haiqal Wan Azman, 18, melakukan persiapan sebaik mungkin dibantu guru yang banyak memberi sokongan.

"Saya belajar antara empat hingga enam jam sehari bagi memenuhi impian mendapat 9A dalam peperiksaan ini," katanya.

Anak tunggal itu juga turut belajar dengan guru persendirian di rumah bagi membolehkan dia lebih memahami.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, guru dan ibu bapa banyak membantu saya memberi semangat untuk berjaya dalam cita-cita dalam bidang farmasi," katanya.

Tambahnya lagi, gurunya tidak pernah jemu mengajar dan memberi sokongan moral dengan berdoa dan solat hajat untuk menghadapi peperiksaan.

Wan Muhammad Adam Haiqal dan Aisyah.
Wan Muhammad Adam Haiqal dan Aisyah.

Seorang lagi calon SPM, Aisyah Affendy, 18, berkata, dia mula belajar secara konsisten pada Jun dan memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan itu

"Kami bersyukur kerana semua guru tidak pernah jemu memberi sokongan dengan melaksanakan kelas tambahan untuk memberi lebih kefahaman," katanya.

Aisyah berharap mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam SPM.