Guru antara tiga maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto: Bomba
Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto: Bomba
A
A
A

KOTA TINGGI - Guru antara tiga yang maut dalam nahas berlaku di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 dekat sini pada pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB )Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.49 pagi.

"Setibanya pasukan operasi keluaran (PKO) di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan Perodua Myvi dan Proton Gen 2.

"Kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua orang lelaki dewasa di mana salah seorang daripadanya tersepit akibat kemalangan itu.

Anggota bomba dan penyelamat menggunakan 'rescue cutter' bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto: Bomba
Anggota bomba dan penyelamat menggunakan 'rescue cutter' bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto: Bomba

"Kereta Proton Gen 2 yang dinaiki seorang mangsa yang turut tersepit akibat kemalangan tersebut. Semua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, anggota menggunakan 'rescue cutter' bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

Tambahnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang mangsa yang tersepit dalam dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto Bomba
Salah seorang mangsa yang tersepit dalam dalam nahas dua kenderaan di Kota Tinggi pada pagi Isnin. - Foto Bomba