Peluang menang emas satu gram

Antara hadiah menarik cabutan bertuah Jualan Gudang Karangkraf 2024

Antara pengunjung yang hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad. Gambar kecil: NURUL FAREHA
Antara pengunjung yang hadir ke Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad. Gambar kecil: NURUL FAREHA
A
A
A

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 bermula 25 Januari hingga 4 Februari depan.

Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Nurul Farehah Mohd Lokman berkata, hadiah keseluruhan bernilai RM1,500 itu ditawarkan kepada pengunjung yang membuat pembelian RM100 dalam satu resit.

Menurutnya, jumlah cabutan yang disediakan tidak terhad dan terbuka kepada semua pengunjung yang memenuhi syarat pembelian.

“Antara hadiah utama yang disediakan kepada pengunjung bertuah berupa kepingan emas seberat satu gram, sejadah jenama Naelofar dan baucar pembelian di pasar raya Mydin.

"Mereka yang membuat pembelian RM100 dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah dan sekiranya melebihi had, kelayakan penyertaan adalah mengikut jumlah pembelian," katanya kepada Sinar Harian.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang dianjurkan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang dianjurkan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.

Jualan Gudang Karangkraf kali pertama bagi 2024 mengangkat tema #RoadToRamadan menyediakan pelbagai buku, novel dan al-Quran terbitan Karya Bestari.

Dalam pada itu, Nurul Farehah berkata, semua pemenang bakal diumumkan dalam siaran langsung di platform digital Grup Buku Karangkraf pada hari terakhir program dan mereka akan dihubungi bagi menebus hadiah dimenangi.

Artikel Berkaitan:

"Mereka tidak perlu hadir ke Kompleks Karangkraf pada hari cabutan dibuat tetapi perlu menebus hadiah yang dimenangi dalam tempoh 30 hari," ujarnya.

Nur Syamimie Yusra Abdullah, 8, menyertai pertandingan mewarna sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
Nur Syamimie Yusra Abdullah, 8, menyertai pertandingan mewarna sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, membuat penanda buku 'DIY Bookmark', menulis mushaf al-Quran dan cabaran menyelesaikan teka-teki.

"Ketika ibu bapa membeli buku, anak-anak juga boleh meluangkan masa menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur," katanya.