Video tular: Polis kesan kumpulan lelaki bergaduh di kedai makan

Rakaman tular kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan di Taman Impian Emas.
Rakaman tular kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan di Taman Impian Emas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Impian Emas dekat sini pada Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan kejadian terbabit berlaku, namun memaklumkan tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pun pihak terlibat setakat ini.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat kejadian sekitar jam 11.50 malam, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, semua suspek melarikan diri. Polis giat mengesan suspek yang terlibat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Faez Rahim di talian 011-11905471" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, tular video berdurasi 45 saat memaparkan mengenai insiden pergaduhan terbabit.

Artikel Berkaitan: