Anwar tidak mahu isu peralihan jawatan PM terus dihangatkan

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SERDANG - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu isu peralihan jawatan Perdana Menteri antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad terus hangat diperkatakan.

Menurutnya, masih banyak perkara penting yang perlu diberi tumpuan khususnya melibatkan kepentingan rakyat berbanding isu tersebut.

"Sebagaimana yang dipersetujui, perkara ini (peralihan jawatan) pertamanya harus dibincangkan bersama saya dan juga Dr Mahathir.

"Kalau ada perbincangan sekalipun ia sebaiknya diadakan dalam forum Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Emas Kepada Murid-murid Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Selangor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mencadangkan supaya Mesyuarat Majlis Presiden PH membuat ketetapan bahawa Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri bagi menjamin kelangsungan agenda parti.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau percaya kebimbangan yang disuarakan itu mungkin disebabkan wujud cubaan untuk menggugat keputusan yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Kebimbangan yang disuarakan (oleh Ketua AMK) itu kerana ada dianggap ada percubaan luar untuk menggugat (perjanjian) ini.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi saya tidak fikir ia harus mengalihkan pandangan kita terhadap isu pokok dalam negara kita sekarang ini," katanya.

Dalam isu sama, Anwar turut menjelaskan, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PH untuk menetapkan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri antara beliau dan Dr Mahathir.