Bengkel Penulisan K-Lit sasar lahirkan penulis novel genre baharu

Antara pengunjung yang hadir pada hari ketiga Jualan Gudang Karangkraf 2024
Antara pengunjung yang hadir pada hari ketiga Jualan Gudang Karangkraf 2024
A
A
A

SHAH ALAM - Bengkel Penulisan Novel Karangkraf Literature (K-Lit) sasar untuk melahirkan lebih ramai penulis novel genre baharu yang diilhamkan daripada drama Korea (K-Drama) dengan berkonsepkan budaya Malaysia.

Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Grup Buku Karangkraf, Siti Nur Fatihah Abdull Rani berkata, K-Lit diwujudkan bagi memenuhi citarasa pembaca yang sentiasa mahukan kelainan dalam karya tempatan.

Siti Nur Fatihah
Siti Nur Fatihah

“Bengkel yang dijalankan selama empat jam itu menggunakan kaedah latihan dan praktikal supaya kita boleh bimbing peserta dengan lebih dekat untuk memastikan mereka mudah memahami format penulisan genre tersebut.

“K-Lit membawa konsep, genre dan nafas baharu dalam industri kita supaya tidak tepu dengan novel cinta, seram serta thriller semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Bengkel Penulisan K-Lit akan diadakan pada Ahad sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari melibatkan seramai 31 peserta.

Tambah Siti Nur Fatihah, penyertaan bengkel penulisan itu dibuka kepada orang ramai pada 13 Januari lalu dan jumlah penyertaan penuh dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Tenaga pengajar yang kami bawakan ialah pengasas kepada konsep baru K-Lit sendiri iaitu Pengurus Penerbitan Penyelidikan dan Pembangunan Grup Buku Karangkraf, Azzah Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

Azzah
Azzah

“Bagi mereka yang tidak sempat untuk sertai bengkel kali ini tidak perlu bimbang kerana kita akan menganjurkan program seperti ini pada masa akan datang.

“Kita akan buka lebih banyak kuota kepada orang ramai dan sekiranya ada pihak yang mahu berkolaborasi juga dialu-alukan,” ujar beliau.