Anjing K9 kesan mangsa ketiga tertimbus

Mangsa ketiga tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley yang ditemui pada jam 12.05 tengah hari dibawa keluar pasukan penyelamat.
Mangsa ketiga tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley yang ditemui pada jam 12.05 tengah hari dibawa keluar pasukan penyelamat.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat hari kedua tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini pada Sabtu berjaya menemui mangsa ketiga yang tertimbus.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, mangsa lelaki itu ditemui pada jam 12.15 tengah hari menerusi khidmat dua Anjing Pengesan (K9), Frankie dan Pop.

"Mangsa ditemui di sektor D pada kedalaman 1.5 meter tidak jauh dari lokasi penemuan mangsa pertama semalam.

"Identiti mangsa terbaharu yang ditemui ini belum dikenal pasti. Operasi pencarian diteruskan dengan kekuatan 169 petugas pelbagai agensi penyelamat," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia tiga orang manakala dua lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus.

Khidmat dua Anjing Pengesan (K9), Frankie dan Pop digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat hari kedua tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley.
Khidmat dua Anjing Pengesan (K9), Frankie dan Pop digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat hari kedua tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley.

Operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan pada Jumaat berjaya menemui dua mangsa lelaki masing-masing di sektor B dan C.

Azri berkata, dua mangsa itu telah dikenalpasti sebagai Law Ha Phey, 36, dan Ki Shing Om, 48.

Artikel Berkaitan:

"Operasi turut mendapat bantuan Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi mengenal pasti identiti mangsa terlibat," katanya.

Identiti tiga lagi mangsa terlibat dalam runtuhan itu dikenalpasti sebagai Shing Law Har, 56, Thang Moung, 25, dan seorang wanita Om Myu, 37.

Tiga daripada mangsa mempunyai pertalian kekeluargaan sebagai suami isteri dan bapa sementara dua lagi merupakan rakan sekerja.

@sinarharianonline

SD TTM (46)

Tourner Dans Le Vide - (Andrew Tate Theme Song) By Shashikant Gupta - Shashikant Gupta