Seorang Pengerusi MPKK ditahan SPRM

Lelaki berkenaan ketika ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang.
Lelaki berkenaan ketika ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGE TOWN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM5,000 daripada kontraktor pembinaan sebagai dorongan untuk tidak diganggu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang pada Jumaat kerana disyaki meminta rasuah untuk elak diganggu oleh PBT ketika melaksanakan aktiviti pembinaan tambahan dan ubah suai kediaman walaupun telah mendapat kelulusan pelan bangunan yang dikeluarkan PBT berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah Bee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, katanya suspek akan dilepaskan pada Sabtu dengan jaminan SPRM setelah kenyataan direkodkan.

Artikel Berkaitan: