'Apa nak jadi ni?'

Dunia pendidikan dikejutkan dengan pendedahan seorang guru mengenai tindakan pelajarnya yang menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong gara-gara terpengaruh dengan 'influencer'.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Dunia pendidikan dikejutkan dengan pendedahan seorang guru mengenai tindakan pelajarnya yang menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong gara-gara terpengaruh dengan 'influencer'.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

DUNIA pendidikan dikejutkan dengan pendedahan seorang guru mengenai tindakan pelajarnya yang menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong gara-gara terpengaruh dengan 'influencer'.

Situasi itu turut mencetuskan kegusaran ramai berhubung masa depan dan minat sebahagian pelajar masa kini terhadap dunia pendidikan.

Media sebelum ini melaporkan menerusi perkongsian di laman X, seorang guru memaklumkan terdapat seramai 32 pelajar dalam kelas dan 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong.

Jelas guru berkenaan, hampir kesemua pelajar dalam kelas itu mendapat markah kosong bagi peperiksaan Sejarah Tingkatan Dua sesi 2023/2024.

Tambah guru itu lagi, beliau juga pernah bertanya kepada pelajarnya tentang impian mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apa yang memeranjatkan adalah, rata-rata mereka menjawab berminat untuk menjadi ‘influencer’.

Sebelum ini terdapat beberapa 'influencer' yang menyatakan bahawa sekolah adalah sesuatu yang tidak berharga atau dalam kata lain tidak mempunyai 'value'.

Kenyataan sebeginilah sebenarnya yang merosakan minat pelajar hinggakan mereka terpengaruh dan menjadikan 'influencer' ini sebagai contoh ikutan kepada.

Artikel Berkaitan:

Oleh sebab itulah, sebagai pempengaruh yang diikuti oleh anak muda kebanyakannya, mereka ini perlu memiliki sikap tanggungjawab kerana apa sahaja cadangan atau pandangan mereka boleh mempengaruhi orang lain.

Dalam mendepani perkara ini, jika difikirkan semula tindakan tegas perlu diambil terhadap pempengaruh yang dilihat memberi cadangan 'toksik' terhadap apa-apa sahaja isu yang boleh menggangu gugat kemaslahatan masyarakat di negara ini.

Sudah sampai masanya kita bertindak kerana semakin dibiarkan nampaknya keadaan semakin menjadi-jadi.

Jangan sampai satu tahap kebimbangan kita selama ini menjadi realiti dan tidak lagi boleh diperbaiki.

Dalam pada itu, peranan semua turut dituntut bagi memastikan 'situasi' pelajar menghantar kertas jawapan kosong kerana terpengaruh tidak berulang kembali.

Sikap saling tuding-menuding jari juga bukan penyelesaiannya, jadi sebelum ia semakin parah adalah molek semua pihak bersama-sama berbincang bagi mengatasi perkara ini.