Che'gu Bard dirakam keterangan

Che'gu Bard (tengah) ketika ditemui di luar IPD Dang Wangi pada Jumaat.
Che'gu Bard (tengah) ketika ditemui di luar IPD Dang Wangi pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan berkaitan dakwaan tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di- Pertuan Agong, Selasa lalu.

Difahamkan beliau turut direkod keterangan susulan penyerahan memorandum 'Himpunan Selamatkan Rakyat’ di pintu 2 Istana Negara pada hari yang sama.

Beliau dilihat memasuki pekarangan IPD Dang Wangi kira-kira jam 3 petang pada Jumaat.

Setakat jam 6.30 petang, proses merekod keterangan Badrul Hisham masih dijalankan oleh anggota dan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Selasa lalu, satu laporan polis dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers terhadap Badrul Hisham.

Selain itu, satu laporan polis turut dibuat berkenaan penyerahan memorandum terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor dilaporkan berkata, penyerahan memorandum rakyat itu telah diserahkan oleh empat individu kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara.

Terdapat kira-kira 700 orang daripada penyokong Pas, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul dalam perhimpunan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, difahamkan laporan polis turut dibuat Badrul Hisham berkaitan Korupsi Penyelewengan Dana NGO Pejabat Perdana Menteri.