Tekanan tinggi Jepun bikin Indonesia terkedu

Tae-yong. Foto AFP
Tae-yong. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Indonesia, Shin Tae-yong mengakui tekanan tinggi diberikan Jepun merupakan punca skuad Garuda tewas 1-3 kepada Samurai Biru dalam perlawanan terakhir Kumpulan Kumpulan D Piala Asia Qatar 2023.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu menyifatkan gaya permainan anak buah Hajime Moriyasu menyukarkan pemain-pemainnya mencipta percubaan dalam perlawanan tersebut.

“Strategi serangan cepat dan tekanan tinggi Jepun menyukarkan pergerakan pemain-pemain Indonesia.

"Saya tidak nampak kami mampu mengembangkan permainan kerana lawan tampil agresif.

“Jepun memiliki banyak penyerang terbaik.

"Mereka memiliki keseimbangan serangan pertahanan yang sangat bagus dalam memberikan tekanan dan melakukan serangan balik.

“Tidak mudah bagi kami untuk melepaskan tekanan.

"Hasilnya, barisan serangan Indonesia yang kebanyakan masih muda kurang pengalaman tidak begitu menonjol dalam perlawanan sepanjang perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Ini yang perlu kami tingkatkan,” kata Tae-yong

Dalam aksi di Stadium Al Thumama itu, gol Jepun diledakkan Ayase Ueda (penalti minit keenam, m-56) sebelum jaringan sendiri, Justin Hubner (m-88) menafikan hatrik pemain Feyenoord Rotterdam tersebut manakala Sandy Walsh mengurangkan defisit buat Indonesia pada minit ke-91.