Lelaki pukul ibu angkat diberkas

Seorang lelaki memukul ibu angkatnya hanya kerana wanita warga emas itu meminta wang belanja barang dapur di PPR Sungai Sering Ukay Indah, di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.
Seorang lelaki memukul ibu angkatnya hanya kerana wanita warga emas itu meminta wang belanja barang dapur di PPR Sungai Sering Ukay Indah, di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki tergamak memukul ibu angkatnya hanya kerana wanita warga emas itu meminta wang belanja barang dapur di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering Ukay Indah, di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa berusia 76 tahun pada jam 12 tengah hari.

"Semasa berada di rumah, mangsa telah dipukul oleh suspek berusia 28 tahun yang merupakan anak angkatnya sejak lahir," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Azam berkata, akibat daripada kejadian itu, pengadu mengalami sakit pada kepala, leher dan pinggang.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang memaklumkan pengadu mengalami 'soft tissue injury head and abdomen'," katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, pada jam 12.30 tengah hari, Rabu.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan semakan lanjut pula, suspek mempunyai satu rekod jenayah.

"Suspek telah direman empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!