'Perjuangan UMNO melencong, takkan nak masuk parit sama' - Rafidah Aziz

Rafidah (kiri) bersama Khairy dan Shahril di podcast 'Keluar Sekejap' yang disiarkan di Youtube pada Selasa.
Rafidah (kiri) bersama Khairy dan Shahril di podcast 'Keluar Sekejap' yang disiarkan di Youtube pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengakui telah lama keluar daripada UMNO kerana parti itu dikatakan sudah melencong daripada landasan perjuangan asal.

Rafidah berkata, beliau tidak mempunyai rasa kasih terhadap pertubuhan, sebaliknya kepada perjuangan UMNO itu sendiri, namun enggan mengimbas kembali kenangan bersama parti tersebut meskipun pernah menganggotainya selama puluhan tahun.

“Saya tak ada kasih sayang kepada pertubuhan, saya kasih sayang kepada perjuangan. Kalau perjuangan betul, kita sayang tetapi jika melelong (melencong) takkan saya nak masuk parit sama.

“Berhenti kerana lihat UMNO melencong lain macam, tidak lagi mengangkat apa yang parti patut buat sebab kita terbiasa dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ dihoskan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan Naib Ketua Pemudanya, Shahril Hamdan yang dimuatnaik di saluran Youtube pada Selasa.

Ditanya mengenai kemungkinan sekiranya parti keramat itu akan berubah, Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut mengakui tidak pasti kerana kebanyakan ahli politik sememangnya ingin menyertai parti berkenaan atas alasan mahu memajukan negara, namun kini ia dilihat agak mengecewakan.

“Golongan anak muda yang diharapkan mengambil alih tampuk pemerintahan pula lebih menjijikkan, mereka tak mahu sertai parti kalau melihat perpecahan dalam kalangan rakan masing-masing.

“Jadi, jangan lupa mereka mempunyai kawan daripada pelbagai kaum, jika ada parti berpecah, tiada siapa akan menyertainya.

Artikel Berkaitan:

“Ini yang saya takutkan kerana kita bergerak dalam banyak cabang,” ujarnya.

@sinarharianonline

'Perjuangan UMNO melencong, takkan nak masuk parit sama' - Rafidah Aziz #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #UMNO #Politik #RafidahAziz #Parti #Wanita

sonido original - Jose Carlos