Sila log masuk terlebih dahulu.

Elak dicekup imigresen, wanita warga asing nekad terjun bangunan

24 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di sekitar rumah kedai di Seremban, jam 2.30 pagi pada Selasa.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, wanita berusia 35 tahun dari Myanmar itu cedera di bahagian kepala dan difahamkan berada dalam keadaan mabuk sebelum bertindak sedemikian akibat cemas apabila menyedari serbuan dilakukan pihak penguat kuasa.

Beliau berkata, wanita itu merupakan sebahagian daripada 110 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan, masuk tanpa suatu pas yang sah di bawah Seksyen 6(1) (c) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645983/berita/semasa/elak-dicekup-imigresen-wanita-warga-asing-nekad-terjun-bangunan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com