Sila log masuk terlebih dahulu.

Di Jepun, haram beri 'score' sebelum umur 10 tahun

24 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Penilaian terhadap murid-murid sepatutnya hanya dibuat selepas mereka melepasi umur 10 tahun apabila mereka sudah boleh berfikir, kata Pensyarah UCSI University Kuala Lumpur, Dr Othman Talib.

Namun apa yang berlaku di sini katanya, penilaian terhadap gred murid begitu diagungkan sehingga ia dianugerahkan di hotel-hotel.

Malah, terdapat sekolah yang meletakkan kumpulan murid tertentu untuk diharapkan mendapat gred A manakala yang lain tidak diberikan harapan, yang jelas Dr Othman, menyalahi Falsafah Pendidikan Negara.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Edisi 429 “UPSR, PT3: PERLUKAH ‘U-TURN’?” di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH:

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=MiCzw8B5hUE

Facebook: https://fb.watch/pLr0T4GOiJ/

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1749771992222577078

Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/645909/video/wacana/wacana-sinar-upsr-pt3-perlukah-u-turn

#SinarHarian #WacanaSinarHarian #SinarTerkini #UPSR #PT3 #PBS #PBD #KPM #KementerianPendidikanMalaysia