Sila log masuk terlebih dahulu.

[WACANA SINAR] UPSR, PT3: Perlukah 'u-turn'?

23 Januari 2024 | Wacana
A
A
A
Lebih setahun sejak keputusan memansuhkan UPSR dan PT3 dibuat, bukan sedikit dalam kalangan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru yang mahu peperiksaan itu dikembalikan semula.

Dimansuhkan pada 2022 sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kedua-dua UPSR dan PT3 disifatkan sebilangan ibu bapa sebagai penting bagi mengukur pencapaian anak-anak mereka.

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah beberapa kali menjelaskan peperiksaan tersebut tidak akan dikembalikan, ia tidak menghalang pandangan berbeza di laman-laman sosial daripada terus bercambah.

Adakah kembali atau tidak UPSR dan PT3 ini isu paling penting dalam pendidikan? Bagaimana dengan pembangunan holistik seperti yang dihujahkan KPM? Atau sebenarnya banyak lagi isu lain pendidikan yang perlu didahulukan?.

Dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini dalam Wacana Sinar Edisi 429 “UPSR, PT3: PERLUKAH ‘U-TURN’?”, sekarang di platform-platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH:

YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=MiCzw8B5hUE

FACEBOOK: https://fb.watch/pLr0T4GOiJ/

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1749771992222577078

#SinarHarian #WacanaSinarHarian #SinarTerkini #UPSR #PT3 #PBS #PBD #KPM #KementerianPendidikanMalaysia