Dron 'kantoikan' PATI sorok dalam semak

Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.
Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Cubaan pekerja kilang warga asing menyorok di dalam semak ketika cuba meloloskan diri selepas premis terletak di Kapar di sini digempur pada Selasa, hanya sia-sia apabila dikesan dron polis.

Dalam serbuan bermula kira-kira jam 2.30 petang, puluhan warga asing didapati bekerja di kilang kitar semula berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada daripada mereka bertindak melarikan diri dan menyembunyikan diri di kawasan semak.

Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.
Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.

Itu antara dikesan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang menyerbu tiga kilang secara serentak di lokasi berasingan sekitar Kapar.

Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Asisten Komisioner Hazril Kamis berkata, Op Khas Aman 1 itu membawa kepada penahanan seramai 116 individu berusia 20 hingga 72 tahun.

Menurutnya, pendatang asing tanpa izin (PATI) itu termasuk tujuh wanita melibatkan warga Myanmar, Indonesia, Kemboja, Bangladesh, China, Taiwan dan India.

"Polis turut menyelamatkan lima lelaki iaitu empat warga Myanmar dan seorang Bangladesh dipercayai menjadi buruh paksa di kilang terbabit.

Artikel Berkaitan:

Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.
Antara pekerja asing yang ditahan dalam Op Khas Aman 1 di premis kilang sekitar Kapar, Klang pada Selasa.

"Tujuh lelaki termasuk tiga warga tempatan dipercayai majikan pekerja terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan terbabit.

Tegas beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 14 Atipsom 2007.

"Kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara bagi tindakan lanjut," katanya.