Wajah baharu PTPTN Taiping ceriakan pelanggan

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim menandatangani plak perasmian ketika menyempurnakan Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping di Taiping Business Centre di sini pada Selasa.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim menandatangani plak perasmian ketika menyempurnakan Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping di Taiping Business Centre di sini pada Selasa.
A
A
A

TAIPING - Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Taiping kini berwajah baharu apabila melalui penjenamaan semula dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, usaha penjenamaan semula itu dilakukan secara berperingkat bermula pada tahun 2020 dalam memastikan identiti korporat PTPTN terus disegani.

Menurutnya, pelbagai penambahbaikan telah dan sedang dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi operasi, identiti produk dan imej seluruh cawangan PTPTN.

"Saya optimis dengan perasmian cawangan ini, dapat mengukuhkan lagi identiti korporat dan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PTPTN.

"Justeru, kepada seluruh masyarakat negeri Perak, boleh hadir ke Cawangan Taiping bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan dan menikmati kemudahan pejabat yang lebih selesa serta kondusif," katanya ketika berucap menyempurnakan Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping di Taiping Business Centre di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamad; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed.

Norliza (tiga dari kanan) memotong reben sebagai simbolik Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping di Taiping Business Centre di sini pada Selasa.
Norliza (tiga dari kanan) memotong reben sebagai simbolik Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping di Taiping Business Centre di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Norliza berkata, sejak tahun 2012, PTPTN telah menubuhkan Pejabat PTPTN negeri (PPN) dan cawangan di seluruh negara untuk memastikan PTPTN sentiasa dekat dengan pelanggan.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 58 Pejabat PTPTN negeri dan cawangan telah beroperasi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, PPN Perak merupakan antara yang terawal beroperasi di negara ini dengan tiga cawangan dibuka iaitu Manjung, Teluk Intan dan Taiping.

Sementara itu, Norliza turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Perak yang memberikan insentif melalui Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) berjumlah RM200 seorang dalam bentuk akaun Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Sehingga 31 Disember 2023, seramai 31,271 anak Perak telah menerima manfaat berkenaan dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM6.25 juta.

Beliau berkata, PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited membawa perubahan dan transformasi seiring keperluan semasa selain membuka peluang kejayaan kepada semua selari dengan moto PTPTN iaitu Peluang Kejayaan Anda.

Norliza (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN, Noor Asmahani Abdul Ghani selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Norliza (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN, Noor Asmahani Abdul Ghani.
Norliza (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN, Noor Asmahani Abdul Ghani selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Norliza (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN, Noor Asmahani Abdul Ghani.

Pada majlis sama PTPTN turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN bagi negeri Perak yang diadakan sempena Hari Mesra Pelanggan dengan nilai keseluruhan RM5,000.

Selain itu, PTPTN turut memberikan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada 100 orang pelajar asnaf di Mukim Batu Kurau dan kariah Masjid Jamek Kamunting dengan setiap seorang menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Norliza (tiga dari kiri) turut menyampaikan sumbangan zakat PTPTN berjumlah RM10,000 untuk asnaf di Mukim Batu Kurau dan kariah Masjid Jamek Kamunting.
Norliza (tiga dari kiri) turut menyampaikan sumbangan zakat PTPTN berjumlah RM10,000 untuk asnaf di Mukim Batu Kurau dan kariah Masjid Jamek Kamunting.

Reaksi pelanggan Pejabat PTPTN Cawangan Taiping

G KANTHINI
G KANTHINI



"Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di pejabat baharu PTPTN Cawangan Taiping ini. Segala urusan di sini sangat mudah dan selesa.

"Terima kasih juga kepada PTPTN yang banyak membantu saya selama ini. Melalui pinjaman PTPTN ini, saya dapat sambung belajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) tanpa membeban ibu bapa untuk menyediakan wang pada setiap bulan untuk perbelanjaan di universiti." - Penuntut UNIMAP, G Kanthini, 24.

MUSLIANI
MUSLIANI



"Kemudahan yang disediakan di pejabat baharu PTPTN Cawangan Taiping ini sangat membantu memudahkan urusan pelanggan. Staf yang ada di sini sangat mesra dan memberikan layanan terbaik kepada sesiapa yang datang ke sini.

"Orang ramai khususnya peminjam PTPTN jangan lepaskan peluang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini. Saya harap mereka yang belum melunaskan bayaran segera berbuat demikian dengan mengambil pelbagai insentif disediakan kerajaan ketika ini." - Penuntut UNIMAP, Musliani Mustafa Abu Bakar, 19.

Reaksi Pemenang Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN Negeri Perak

NOOR ASMAHANI
NOOR ASMAHANI



"Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka jadi pemenang utama dapat hadiah RM2,000. Saya mula bayar pinjaman setiap bulan sejak tahun 2016 sampai sekarang selepas tamat pengajian di Kolej PTPL. Alhamdulillah rezeki saya dan rasanya duit yang dapat ini akan digunakan semula untuk membayar baki pinjaman yang ada.

"Jadi saya sarankan kepada semua peminjam PTPTN untuk buat bayaran balik segera kerana duit akan digunakan untuk membiayai pelajar-pelajar yang akan menyambung pengajian mereka nanti. Lagi pun sekarang ini ada banyak cara bayaran sama ada melalui kaunter atau dalam talian pun boleh. Bayaran pinjaman kita hari ini untuk bantu generasi akan datang." - Petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sungkai, Noor Asmahani Abdul Ghani, 36.