Isu komander Iran: Macron, Putin minta semua bertenang

Vladimir Putin - Foto AFP
Vladimir Putin - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Jumaat menggesa semua pihak bertenang bagi mengelak sebarang ketegangan baharu susulan pembunuhan komander tertinggi Iran dalam satu serangan oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut pejabat presiden Perancis itu dalam satu kenyataan, melalui perbualan telefon pada Jumaat, Macron dan Putin membincangkan situasi di Iraq dan negara jiran serta bersetuju bekerjasama dalam tempoh beberapa hari berikutnya bagi mengelak satu lagi peningkatan ketegangan yang berbahaya.

Macron menegaskan bahawa penandatangan perjanjian nuklear 2015 perlu berganding bahu dalam menggesa Iran untuk mematuhi obligasinya dan mengelak sebarang bentuk provokasi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

Amerika Syarikat (AS) memberitahu tindakan membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran, adalah untuk 'menghentikan peperangan' bukan memulakannya.

Presiden, Donald Trump menuduh Qasem Soleimani merancang 'serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika' namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya berkata komander itu telah 'tertangkap basah'," lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Trump.

Artikel Berkaitan: