Golden Boy tekad lebih menyerlah 2024

Emman (kanan) ketika menentang Robbie sebelum ini. Foto Renegades of Wrestling, Melbourne, Australia
Emman (kanan) ketika menentang Robbie sebelum ini. Foto Renegades of Wrestling, Melbourne, Australia
A
A
A

PENGGUSTI profesional negara, Emman Azman giat menjalani latihan intensif menjelang aksi pembuka tirai Renegades of Wrestling, Melbourne, Australia pada 25 Januari ini.

Bekas juara Melbourne City Wrestling (MCW) Inter Commonwealth berusia 23 tahun itu yang menggalas cabaran Malaysia Pro Wrestling akan berdepan jagoan New Japan Pro Wrestling, Robbie Eagles.

“Emman giat berlatih meningkatkan stamina untuk perlawanan sebenar nanti, bagi menghadapi saingan pembukaan gusti musim ini.

“Ini perlawanan pertama musim baharu, jadi Emman bertekad mengalahkan Robbie.

“Emman juga mengharapkan sokongan serta doa daripada rakyat Malaysia bagi membolehkan Emman meraih keputusan positif dalam perjalanan karier musim ini,” katanya yang lebih dikenali Golden Boy.

Ini merupakan pertemuan kelima kedua-dua jagoan sukan tempur tersebut yang menyaksikan tiga aksi kategori individu berpihak kepada Robbie Eagles.

Satu lagi perlawanan membabitkan kategori berkumpulan menjadi milik Emman, yang berharap keputusan positif bagi kempen musim 2024.

Mengenai regim latihannya, Emman berkata, latihan gim dan gusti dilakukan untuk meningkatkan stamina dalam gelanggang.

Artikel Berkaitan:

“Ini penting kerana sesuatu perlawanan gusti boleh berlangsung 15 hingga 20 minit atau lebih.

“Emman bukan juara MCW Inter Commonwealth lagi.

"Tahun ini Emman berazam untuk pergi lebih jauh dalam karier bersaing dengan ahli gusti pro luar negara dan seterusnya membawa nama Malaysia,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!