Gagal isytihar harta, isteri Tun Daim didakwa esok

Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa berhubung tuduhan gagal isytihar harta.
Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa berhubung tuduhan gagal isytihar harta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa berhubung tuduhan gagal isytihar harta.

Menurut sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), isteri Daim akan dituduh mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan harta.

Katanya, tuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Beliau dijangka akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi," katanya pada Isnin.

Media difahamkan bahawa Na'imah berada dalam senarai kausa dalam talian untuk kes di hadapan hakim, Azura Alwi pagi esok.

Dalam pada itu, Na'imah dalam satu kenyataan berkata, sepasukan pegawai SPRM tiba di hospital yang mana suaminya ditahan bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, kumpulan pegawai SPRM tersebut telah merekod kenyataan daripadanya, setelah mengambil keterangan lebih awal sebelum ini iaitu pada 10 Januari lalu.

"Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka bahawa saya akan memberi mereka kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa.

Artikel Berkaitan:

"Saya kemudiannya diberitahu bahawa saya akan didakwa pada hari Selasa, jam 9 pagi di bawah Seksyen 36(2) SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis meminta untuk mendedahkan maklumat mengenai aset," katanya pada Isnin.

Tambahnya, dia meminta caj dilakukan sehari kemudian iaitu pada Rabu, selepas prosedur perubatan suaminya selesai.

Namun begitu menurutnya, perkara tersebut telah ditolak.

"Mereka berkeras bahawa saya akan didakwa esok.

"Saya akan berada di mahkamah esok (Selasa). Saya akan melawan tuduhan ini," ujarnya.

Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang mengandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah membabitkan pemimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isteri dakwa Tun Daim dianiaya

ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tak pernah nafi miliki aset di luar negara' - Isteri Daim

ARTIKEL BERKAITAN:'Aset saya bernilai lebih RM50 bilion jika kekal dalam perniagaan' - Tun Daim

ARTIKEL BERKAITAN:Kertas Pandora tidak dedah kesalahan Daim - Tommy Thomas

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri, anak Tun Daim ke SPRM pagi ini

ARTIKEL BERKAITAN:Tun Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan