Isteri Tun Daim mungkin didakwa esok

Toh Puan Nai’mah Abdil Khalid, Tun Daim Zainuddin
Toh Puan Nai’mah Abdil Khalid, Tun Daim Zainuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Nai’mah Abdil Abdul Khalid mungkin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas tuduhan gagal isytihar harta.

Difahamkan, Na'mah, 67, dipercayai berdepan pertuduhan gagal mematuhi notis yang diberikan oleh SPRM kepadanya.

Menerusi semakan dalam sistem e-filing mahkamah, kes itu akan disebut di hadapan Hakim, Azura Alwi pada jam 9 pagi, namun ia tidak menyatakan pertuduhan mana yang akan dibuat terhadap Na'mah, 67.

SPRM telah memulakan siasatan terhadap keluarga Daim sejak Februari tahun lalu berkenaan pendedahan Kertas Pandora.

Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang mengandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah membabitkan pemimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isteri dakwa Tun Daim dianiaya

ARTIKEL BERKAITAN:'Kami tak pernah nafi miliki aset di luar negara' - Isteri Daim

ARTIKEL BERKAITAN:'Aset saya bernilai lebih RM50 bilion jika kekal dalam perniagaan' - Tun Daim

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Kertas Pandora tidak dedah kesalahan Daim - Tommy Thomas

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri, anak Tun Daim ke SPRM pagi ini

Pada 21 Disember 2023, media melaporkan bahawa SPRM telah menyita Menara Ilham milik keluarga itu.

Pada 10 Januari lalu, Daim dan keluarga memfailkan semakan kehakiman mencabar tindakan SPRM menyiasat dan menyita aset mereka termasuk akaun-akaun bank dan kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tun Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan