Samaiden, JS Solar dapat kontrak bernilai RM100 juta di Kedah

Samaiden Sdn Bhd dan JS Solar Sdn Bhd peroleh kontrak bernilai RM100 juta daripada NUR Renewables Sdn Bhd untuk bangunkan loji tenaga solar di Kulim Hi-Tech Park di Kedah.
Samaiden Sdn Bhd dan JS Solar Sdn Bhd peroleh kontrak bernilai RM100 juta daripada NUR Renewables Sdn Bhd untuk bangunkan loji tenaga solar di Kulim Hi-Tech Park di Kedah.
A
A
A

ANAK syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd (SSB) dan ahli konsortiumnya, JS Solar Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM100 juta daripada NUR Renewables Sdn Bhd untuk membangunkan loji tenaga solar di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah.

Samaiden dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, projek berkenaan melibatkan pembangunan loji kuasa solar (fasa pertama) 50 megawatt (MWac) dipasang di tanah adalah untuk membekalkan tenaga hijau kepada semua pelanggan di KHTP.

"Ia bukan sahaja menunjukkan komitmen NUR dalam membekalkan tenaga boleh diperbaharui dalam KHTP tetapi juga menandakan fasa pertamanya dalam projek solar 500 MWac, ia merancang untuk membangunkannya dengan kerjasama UEM Lestra Bhd, cabang tenaga hijau Kumpulan UEM,” katanya.

Syarikat itu juga berkata, kerja-kerja itu adalah berdasarkan pengeluaran sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) oleh NUR disasarkan siap sebelum 31 Mac, 2025.

NUR, pakar dalam penjanaan, penghantaran, pengedaran dan peruncitan elektrik di Malaysia, diletakkan sebagai satu-satunya utiliti tenaga bebas dengan hak eksklusif dalam KHTP.

Samaiden berkata, kerjasama dengan JS Solar dalam projek di KHTP itu bukan sahaja membuktikan kemajuan ketara dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui tetapi juga menunjukkan komitmen bersama untuk menyumbang kepada matlamat kemampanan Malaysia.

"Kedua-dua syarikat kekal berdedikasi untuk memacu pembangunan mampan dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan untuk negara," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: