Wanita lemas ketika jalani latihan menyelam di Pulau Payar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita meninggal dunia dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Payar, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata, mangsa berusia 43 tahun itu berasal dari Kajang, Selangor.

Menurutnya, petugas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan kepada Balai Polis Langgar berhubung kematian wanita terbabit pada jam 2 petang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke HSB.

“Berdasarkan siasatan, mangsa ketika itu sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di perairan Pulau Payar sebelum dipercayai lemas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: