Pemain remaja Thailand mampu pergi jauh - Misbun

Misbun (kiri) menyampaikan sijil tamat latihan kepada tiga pemain remaja Thailand di Ampang pada Sabtu. Foto FB Nusa Mahsuri
Misbun (kiri) menyampaikan sijil tamat latihan kepada tiga pemain remaja Thailand di Ampang pada Sabtu. Foto FB Nusa Mahsuri
A
A
A

TIGA pemain remaja Thailand menamatkan tempoh 'perguruan' bersama legenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dengan cemerlang.

Mereka terdiri daripada Nuttanon Maku, Punnatat Prempunpong dan Tonkid Saeheng yang mengikuti latihan intensif hampir sebulan di Nusa Mahsuri.

“Pada hari ini (Sabtu) ketiga-tiga pemain itu menerima sijil tamat latihan yang disampaikan Datuk (Dr) Misbun Sidek,” catat Nusa Mahsuri menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Kehadiran mereka di bumi Malaysia adalah sebagai rangka persiapan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Asia dan Dunia.

Mengikut rekod kejohanan, Kunlavut Vitidsam pernah muncul satu-satunya pemain dari Thailand sebagai juara Remaja Dunia BWF (2018) dan Remaja Asia (2019).

Misbun turut mengakui pemain junior negara Gajah Perang itu memiliki keupayaan untuk pergi jauh pada masa depan andai kekal konsisten dan sanggup bertungkus lumus dalam latihan.

Malah beliau menuntut agar mereka melakukan persediaan rapi bagi menghadapi sebarang kejohanan yang akan disertai dalam perjalanan mereka untuk bergelar pemain berjaya.

“Pada peringkat awal latihan, mereka sedikit gugup untuk berdepan suasana latihan baharu termasuk bangun awal pagi, namun lama kelamaan mereka bisa menempuhinya dengan semangat tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Moga mereka terus kekal konsisten dan tidak mengabaikan latihan yang diberi,” ujar Misbun.